Sekolah ini diasaskan pada tahun 1958 oleh tokoh masyarakat setempat iaitu Tuan Haji Mohd Daud bin Haji Mohd Ariff dan Encik Mohd Yatim bin Haji Salleh dengan nama Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam.Warga pertama sekolah ini terdiri dari 150 orang murid dan 5 orang guru termasuk Guru Besar pertamanya iaitu Encik Hussain bin Man.
Pada mulanya sebuah bangunan sekolah berdindingkan papan dan berlantaikan tanah yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampong.Di samping itu sebuah perigi digali untuk bekalan air dan sebuah bangsal beratapkan nipah didirikan sebagai kantin.
Empat tahun kemudian bilangan muridnya bertambah melebihi 200 orang dengan 8 orang guru menyebabkan penduduk kampong sekali lagi bergotong-royong membina sebuah lagi bangunan sekolah.
Memandangkan kemajuan dan prestasi murid sekolah ini meningkat setiap tahun, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Ariff sebagai mengenang jasa seorang tokoh guru agama sekolah pondok di tapak asal bangunan sekolah ini.
Kini SKHMA mempunyai 14 kelas termasuk 2 kelas prasekolah dengan 384 murid dan 36 orang guru serta 10 orang staf sokongan.
Sekolah ini menganggotai PKG Bukit Jenun yang terdiri dari 9 buah sekolah rendah ( 7 SK, 1 SJKC, 1 SJKT ) dan 2 sekolah menengah iaitu Sekolah Model Khas Bukit Jenun dan SMK Air Puteh Dalam.
SKHMA terletak di Jalan Bukit Jenun, Kg. Ayer Puteh, 5 km dari Pekan Pendang, 18 km dari PPD Pendang dan 30 km dari JPN Kedah, Alor Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan